Adik berhenti kerja untuk jaga abang, ” Baru abang meninggal dia pulau menyusul ”


Hilang dua abang tersayang dalam tempoh singkat adalah ujian paling berat untuk kami sekeluarga, namun perlu reda kerana ini adalah takdir.

Perasaan hiba itu dikongsikan Arbainah Hussain, 45, adik kepada Abdul Rahman, 55, yang maut akibat kemalangan ketika menunggang motosikal di Jalan Sungai Air Tawar dekat Kampung Perenggan, di sini, hari ini.

Dalam nahas kira-kira jam 10.40 pagi itu, Abdul Rahman merempvh sebuah kereta jenis Proton Saga yang dikatakan membuat pusingan U di lokasi terbabit. Mangsa yang cedera di kepala disahkan men1nggal dunia di tempat kejadian.

Insiden berlaku ketika keluarga itu masih bersedih atas pemergian seorang lagi ahli mereka pada minggu lalu apabila abang sulung daripada 10 beradik, Mohd Yusof, 69, menghembuskan nafas terakhir di rumah mereka di Kampung Perenggan akibat penyakit d4rah tinggi, 26 September lalu.

Abdul Rahman meninggal kemalangan.

Mengimbau kenangan terakhir bersama kedua-dua abangnya, Arbainah berkata, beliau bertemu Abdul Rahman yang juga anak keenam, untuk menguruskan jen4zah Mohd Yusof ketika itu.

Pada hari abang sulung meninggal dunia, abang (Abdul Rahman) tidak menunjukkan apa-apa perubahan.

Sebelum ini, kedua-dua abang saya itu tinggal bersama di rumah keluarga sejak lima atau enam tahun lalu,katanya yang juga anak bongsu, ketika ditemui di pekarangan bilik m4yat, Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ), di sini.

Arbainah memaklumkan, Abdul Rahman sebelum ini bekerja di Kuala Lumpur tetapi mengambil keputusan berhenti kerja untuk menjaga ibu mereka yang sakit dan Mohd Yusof.

Mohd Yusof yang dijaga Abdul Rahman meninggal 2 minggu lalu.

Ibu kami menghidap penyakit d4rah tinggi dan kencing manis sebelum meninggal dunia pada 2016,katanya yang menetap di Taman Sentosa, Klang.

Beliau berkata, Abdul Rahman adalah seorang yang mengambil pendekatan bersederhana dalam semua perkara, selain tidak banyak bercakap.

Abang adalah seorang yang baik, lebih-lebih lagi dengan adik-beradiknya sendiri. Tiada sengketa timbul antara kami. Malah jika kami ada masalah, arw4h adalah orang pertama menghulurkan bantuan.

Selepas ini, saya dan adik-beradik lain akan berasa sunyi sebab kedua-dua abang sudah tiada. Tambahan pula, mereka adalah penyeri dalam keluarga, terutama ketika sambutan Aidilfitri,” katanya sambil memberitahu jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bagan Nakhoda Omar (BNO) selepas selesai urusan bed4h siasat dan ujian saringan C19.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias, berkata hasil siasatan mendapati kemalangan berlaku ketika Proton Saga terbabit dipandu seorang lelaki warga emas berusia 75 tahun dari arah Sungai Air Tawar ke BNO.

Setiba di lokasi, pemandu kereta itu dikatakan membuat pusingan U untuk patah balik ke Sungai Air Tawar. Pada masa sama, motosikal m4ngsa yang datang dari BNO dipercayai tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian kiri kereta terbabit.

Akibatnya, m4ngsa terjatuh dari motosikal dan disahkan men1nggal dunia di lokasi kejadian, katanya ketika dihubungi.

Agus Salim berkata, m4yat m4ngsa kemudian dibawa ke HTAJ untuk bedah siasat, dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.Al fatihah.