Ustaz Fadillah & anaknya ajal tersepit , ” Wira dipandu terbabit nahas dijalan Kuantan-Segamat ”
Dua beranak men1nggal dunia selepas terbabit dalam kem4langan membabitkan dua lori dan masing-masing sebuah van serta kereta di Kilometer 39, Jalan Kuantan-Segamat, Pekan dekat sini, jam 11 pagi semalam.
Ustaz Muhammad Padillah Hussin, 52, dan Nurul Solehah Muhammad Padillah, 23, disahkan men1nggal dunia ketika dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan.

Sebak luahan sahabat Ustaz, Damailah sahabat dan seorang abang, Allahyarham ustaz Mohammad Fadillah bin Hussin yang kem4langan tengahari tadi bersama dengan anakandanya yang juga baru disahkan meninggal dunia di Hospital Besar Kuantan.

Jumaat lepas kali terakhir bertemunya semasa ziarah ke rumah abangnya di Pekan. Sama-samalah kita berdoa, Allahyarham dan anakandanya ditempatkan bersama para rasul, para soleh dan solehin.Takziah buat seluruh keluarga – Asmawie Abdullah.

Ketua Polis Daerah Pekan Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin berkata, siasatan awal mendapati, Proton Wira dipandu Muhammad Padillah dalam perjalanan dari arah Segamat, Johor menghala ke Kuantan manakala tiga kenderaan lain dari arah Kuantan menghala ke Segamat.

Tiba di lokasi, kereta dipandu m4ngsa dipercayai termasuk ke laluan bertentangan dan mel4nggar tayar belakang sebuah lori sebelum bertembung dengan van.
Proton Wira itu kemudiannya termasuk semula ke laluan asal manakala van terbabit dilanggar sebuah lagi lori yang berada di belakangnya, Dua beranak itu serta pemandu van terbabit kemudiannya dibawa ke HTAA.

Pada jam 1.53 petang, Muhammad Padillah disahkan meninggal dunia di wad kecemasan HTAA. Pada jam 6.39 petang pula, Nurul Solehah disahkan meninggal dunia di unit rawatan rapi (ICU) HTAA, katanya pada kenyataan hari ini.
Pemandu van berusia 36 tahun patah tangan kanan manakala dua pemandu lori berumur 32 dan 38 tahun tidak mengalami keceder4an,Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.Al fatihah.
