(TERKINI) “Semoga Allah merahmati Yang Mulia Almarhum Sheikh Khalifa,M4kam penuh kesederhanan”


Jen4zah Almarhum Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Pemerintah Abu Dhabi, Sheikh Khalifa Zayed Al-Nahyan selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Al Bateen di Abu Dhabi pada Jumaat waktu tempatan.

Media antarabangsa melaporkan Putera Mahkota Abu Dhabi, Mohamed bin Zayed Al Nahyan dan pemimpin kanan kerajaan menunaikan solat jen4zah di Masjid Pertama Sheikh Sultan bin Zayed, Abu Dhabi.

Upacara pengebumian dilakukan dengan penuh istiadat di mana pengawal kehormat tentera yang berpakaian seragam membawa jenazah Almarhum sebelum diserahkan kepada keluarga Allahyarham untuk disem4dikan di Tanah Perkuburan Al Bateen di Abu Dhabi.

Beberapa keping gambar turut memaparkan puluhan ahli keluarga dan pegawai kanan hadir memberikan penghormatan terakhir dan berdoa di makam Almarhum.

Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Khalifa Zayed Al-Nahyan itu meninggal dunia ketika umur 73 tahun pada Jumaat, lapor media tempatan.

Kementerian Hal Ehwal Presiden mengucapkan takziah kepada rakyat UAE dan dunia Islam di atas pemergian Sheikh Khalifa pada 13 Mei, menurut agensi berita rasmi.

Justeru, kementerian mengumumkan tempoh 40 hari berkabung dengan bendera diturunkan separuh tiang yang bermula Jumaat manakala kerja di sektor awam dan swasta telah ditangguhkan selama tiga hari pertama.

Dalam pada itu Perdana Menteri menulis dilaman rasminya ” Saya merasa sedih mendapat perkhabaran mengenai kemangkatan Almarhum Yang Mulia Sheikh Khalifa bin Zayed Al Nahyan, Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Saya dan Kerajaan serta seluruh Keluarga Malaysia ingin mengucapkan takziah yang sangat mendalam kepada Yang Mulia Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum Naib Presiden, Perdana Menteri UAE dan Pemerintah Dubai, ahli Kerabat Diraja dan rakyat UAE di atas kemangkatan Almarhum.

Almarhum Yang Mulia merupakan seorang pemimpin berwawasan yang telah berjasa besar kepada kemajuan dan kemakmuran UAE.

Pencapaian, kebijaksanaan dan kemurahan hati Almahrum telah memberi manfaat kepada rakyat UAE dan seluruh Umat Islam.

Malaysia sangat menghargai sumbangan murni Almarhum Yang Mulia yang telah mengukuhkan hubungan persaudaraan kita.

Doa dan ingatan saya sentiasa bersama Yang Mulia, ahli Kerabat Diraja dan rakyat UAE dalam menghadapi waktu-waktu yang sukar ini.

Semoga Allah SWT merahmati Yang Mulia Almarhum dan menempatkan rohnya bersama-sama golongan yang soleh.Al-Fatihah.